Khamis, 26 Januari 2012

SOLAT (Part 1): Rahsia Disebalik 13 Rukun Solat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... pada hari ini Allah S.W.T telah memberi saya kekuatan untuk menulis lagi satu post yang insyaallah akan dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca.
Sebelum saya berkongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari seorang hamba Allah S.W.T, ingin saya berkongsi sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang di riwayatkan oleh Abu Zar r.a :


Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.
Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai RAHSIA SOLAT. Pasti semua para pembaca muslim akan terbayang – bayang apabila dikatakan solat, mesti adalah cara kita melakukan solat seperti berdiri betul, ruqu’ , sujud, dan 10 lagi rukun solat. Tapi adakah anda semua  tahu apakah rahsia disebalik pegerakan dan bacaan – bacaan yang kita lafazkan didalam solat tersebut...
Di sini ingin saya berkongsi serba sedikit mengenai Rahsia disebalik 13 rukun solat bagi sesiapa sahaja yang melakukan solat. Kalau nak menceritakan kebaikan solat ni.... 100 page pun tidak akan habis...

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Baiklah sampai disajalah untuk post saya pada kali ini... pada part 2 saya akan menceritakan mengenai kelebihan setiap solat yang kita lakukan... disini saya ingin minta pada para pembaca plez.... doakan saya sihat cepat... kerana saya tengah DEMAM.... hehehehe.... sekian wassalam...

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Minta maaf saya ingin bertanya dari manakah sumber tentang rahsia 13 rukun solat tersebut?

    BalasPadam
  2. Baik hang pergi demam terus lagi senang.. aku pun tau.. deje betui

    BalasPadam
  3. Baik hang pergi demam terus lagi senang.. aku pun tau.. deje betui

    BalasPadam