Khamis, 26 Januari 2012

SOLAT (Part 1): Rahsia Disebalik 13 Rukun Solat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... pada hari ini Allah S.W.T telah memberi saya kekuatan untuk menulis lagi satu post yang insyaallah akan dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca.
Sebelum saya berkongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari seorang hamba Allah S.W.T, ingin saya berkongsi sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang di riwayatkan oleh Abu Zar r.a :


Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.
Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai RAHSIA SOLAT. Pasti semua para pembaca muslim akan terbayang – bayang apabila dikatakan solat, mesti adalah cara kita melakukan solat seperti berdiri betul, ruqu’ , sujud, dan 10 lagi rukun solat. Tapi adakah anda semua  tahu apakah rahsia disebalik pegerakan dan bacaan – bacaan yang kita lafazkan didalam solat tersebut...
Di sini ingin saya berkongsi serba sedikit mengenai Rahsia disebalik 13 rukun solat bagi sesiapa sahaja yang melakukan solat. Kalau nak menceritakan kebaikan solat ni.... 100 page pun tidak akan habis...

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Baiklah sampai disajalah untuk post saya pada kali ini... pada part 2 saya akan menceritakan mengenai kelebihan setiap solat yang kita lakukan... disini saya ingin minta pada para pembaca plez.... doakan saya sihat cepat... kerana saya tengah DEMAM.... hehehehe.... sekian wassalam...

Ahad, 15 Januari 2012

“BAIK...!!!”

Assalamualaikum... har ini aku just nak kongsi satu cerita ni..... tah la aku pun tak ingat bila masa aku dengar cerita ni... tp yang pasti dah lama dah... so enjoy......
Ada pun  suatu ketika ada seorang penasihat diraja, apabila ditanyakan pendapat selalu dia berkata   " BAIK"... pd suatu hari di waktu makan malam raja tersebut menjemput penasihatnya makan bersamanya... di waktu sedang bersantap raja tersebut terpotong jarinya.... lalu bertanyalah ia kpd penasihatnya... "apakah pandangan mu terhadap perkara ini.... lalu penasihat tersebut seperti biasa menjawab “baik”.... disebab kan terlalu murka dipenjaralah ia penasihatnya...
Tak kala sesepurnama (sebulan) selepas kejadian tersebut raja tersebut teringin benar untuk keluar memburu ke hutan. Menjadi kebiasaan raja yang selalunya akan keluar memburu bersamanya ... teringat lah ia pada penasihat nya lalu teringat lah jua  kata2 yang keluar dari mulut penasihatnya. Disebabkan itu dia telah menjemput beberapa pegawainya untuk mengikuti pemburuannya
Selalunya ia akan menanyakan penasihatnya ke manakah distinasi yang patut mereka pergi untuk memburu ...tetapi pada kali ini raja itu sendiri memutuskan kemanakah dia mahu memburu. Selalunya penasihat raja yang tahu selok belok hutan yang mereka masuk tersebut... tapi kali ini raja tersebut hanya mengikut gerak hatinya sahaja. Setelah satu jam menunggang kuda akhirnya raja dan para pegawainya pun sampai lah ke tempat yang dituju... menjadi kebiasaan raja memburu mangsanya seorang diri di dalam hutan tanpa ditemani penasihat dan para pegawai yang mengikuti raja apa bila telah memacakkan kemah di dalam hutan.  Kebiasannya sesudah memburu raja akan meniupkan seruling untuk menandakan dimana kedudukan raja. Ini kerana disebabkan asik mengikuti binatang yang diburu, raja akan lupa selok belok jalan yang beliau lalui.
Hampir seharian raja memburu. Hasil buruannya sangat menggembirakan hati.... puuuuuusuuuuu. Itu ada lah bunyi yang selalu dimain kan oleh raja apabila selesai memburu. Bunyi tersebut sangat kuat. Hampir beberapa kali raja meniup seruling tersebut , tetapi tiada siapapun yang menjemputnya.
“tiada siapakah yang mendengar tiupan seruling beta”
Omel raja bersendirian. Ketika meniup lagi dan lagi seruling tersebut raja itu teringat bahawa semua pegawai yang di bawa memburu bersamanya tidak tahu bunyi seruling tersebut adalah bunyi untuk mencarinya...ini kerana semua pegawai yang di bawa oleh baginda adalah pegawai baru...lalu menangislah raja tersebut seorang diri dik kerana terpisah dari pegawai2 nya
Siang makin melabuhkan tirainya dan malam pula makin memjelma... tidak semena2 raja tersebut telah di tangkap oleh sekumpulan manusia yang menjadikan manusia lain sebagai korban dalam upacara agamanya. Raja tersebut diberi makan makanan yang enak2 sebelum di korbankan. Raja tersebut akan disimpan selama 7 hari 7malam sebelum upacara korban di adakan... merayu2lah raja tersebut dik kerana takut di korbankan.
Telah sampailah hari ketujuh ... hari dimana upacara pengorbanan akan diadakan ...dan takkala seorang manusia yg kelihatan sepertipawang memeriksaan seluruh tubuh badan raja tersebut, di dapati bahawa dilihatnya satu jari hilang..... dik kerana upacara tersebut memerlukan korban yang sangat sempurna, dilapaskanlah raja tersebut..... larilah raja ke singgah sananya... dicarilah ia penasihat lamanya.... dan lalu diceritakan ia kisahnya diwaktu tiada penasihat lamanya disamping raja... lalu penasihatnya pun berkata..
"tuan ku ... ampun beribu ribu ampun.... seandainya kata – kata patik ini akan mengguris hati tuan ku...tuan ku, seandainya jari tangan tuanku tidak terpotong ... patik tidak akan disini.... seandainya patik pergi memburu bersama diraja  patik semestinya tuan ku akan dilepaskan dan patik akan menjadi korban....tuan ku... patik berkata baik kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya dari tuhan........ insaflah raja tersebut... dan dilepaskannya penasihat itu......tamat.....zzzzzzzzzzzzzzzz
Tujuan aku menulis cerita ini adalah supaya kita sentiasa berfikiran positif dalam segala hal... seperti penasihat di atas.... dia tetap berkatakan baik walau pun raja itu ingin mencampakkan dia ke penjara... subahanallah.... harap apa yg aku tulis ni dapat menambahkan lagi pengetahuan pembaca semua.... ok sampai disini saja lah...... wassalam...Siti_acuzZz


Isnin, 9 Januari 2012

Kalau Semuanya Milik Allah S.W.T Habis Kita ni Takda Apa Ke?

Assalamualaikum…
Alhamdulillah …. Dengan izin Allah S.W.T kita berjumpa lagi. Tapi kali ni dengan tajuk yang lain pula. Aku harap pada kali ni apa yang nak aku sampaikan dapat menambahkan ilmu pengetahuan sesama kita…
Aku ingin memulakan penulisan aku dengan menanyakan beberapa soalan kepada pembaca – pembaca diluar sana…
 Pernahkah anda terfikirkan  soalan –soalan seperti…
1.      Adakah semua barang yang kita miliki  adalah milik kita?
2.     Apakah yang sebenarnya yang kita miliki yang benar – benar menjadi hak milik tunggal kita ?
3.     Mengapa kita tidak dibenarkan mengeluh apabila sesuatu barang milik kita hilang?
Aku  pasti ada  hati – hati manusia yang terdetik akan persoalan sebegini…termasuklah aku Insyaallah… dengan izin Allah S.W.T aku akan cuba menjawab persoalan – persoalan di atas…

Apakah yang dikatakan barang yang kita miliki sekarang adalah milik kita.? Apabila diajukan persoalan sebegini kepada sesiapa pun, pasti mereka menjawab … Apa yang ada pada aku… itu adalah milik aku. Ini mungkin kerana sesuatu barang yang kita perolehi kebanyakannya adalah datang  dari hasil usaha dan titik peluh kita sendiri… bukankah begitu… Ya,  memang benar… apa yang ada pada kita adalah milik kita… Tapi sedarkah anda bahawa barang yang kita miliki hasil dari usaha dan titik peluh kita itu adalah barang yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada kita .. Oleh sebab itu kita mestilah sentiasa mengingatkan diri bahawa pada hakikatnya semua barang yang kita miliki itu sebenarnya pinjaman dari Allah S.W.T  dan wajib bagi kita untuk sentiasa mensyukuri segala pinjaman yang dia berikan oleh Allah S.W.T kepada kita .
Jadi janganlah kita mengamalkan sikap yang suka menunjuk – nunjuk segala barang yang sememangnya milik kita pada orang lain… ini kerana barang – barang yang kita tunjuk tu pada hakikatnya adalah barang pinjaman… woiii abang2 n kakak2 oi… tak malu ke…. Dah la meminjam… pas tu nak bermegah – megah dengan barang yang bukan milik kita….
Tapi  anda semua jangan salah faham pula… disebabkan semua barang yang kita ada adalah pinjaman semata - mata… dengan sewenang – wenangnya kita membiar saja barang – barang tersebut tidak terjaga  atau pun mengambil barang orang lain tanpa kebenaran tuannya.… Dalam islam pun ada undang – undang yang mengiktiraf barang – barang hak milik setiap individu… so anda jangan pula main suka –suka hati mengambil barang – barang orang sesuka hati… Dengan alasan semua barang itu milik Allah S.W.T… kalau tak manakan wujud undang – undang islam bagi yang mencuri tanpa alasan, akan di hukum potong tangan…

Selesai sudah soalan pertama… so kita masuk persoalan yang kedua
“kalau semua yang ada adalah milik Allah S.W.Thabis apa yang kit benar – benar miliki…?
Ini adalah poin penting untuk persoalan ini … soalan ni aku pernah ajukan kepada Ustazah aku masa aku sem 1….Tapi disebabkan soalan yang aku ajukan  ini agak ringkas tapi padat dan anda semua tak faham, so aku ada la buat penambahan sikit… tak banyak …sikit je… macam huraian la juga

“ Ustazah, kita tahu bahawa segala yang ada di langit, dibumi dan seluruh system galaksi ini adalah milik Allah S.W.T… termasuk la juga seluruh tubuh badan kita adalah milik Allah S.W.T… malahan hati yang diberi kuasa memerintah akal dan tubuh badan pun milik Allah S.W.T… kita juga tahu… semua ini adalah pinjaman semata – mata…Jadi soalan saya kita ni takda apa – apa ke??? Maksudnya takda apa –apa ke yang menjadi milik kita…???”
Anda semua nak tau tak ustazah tu Cuma senyun dan dia terus menjawab…
“ Setiap seseorang manusia itu memiliki Dosa dan Pahala… itu lah milik kita”
Sebenarnya walaupun segala yang ada di langit dan di bumi ini adalah milik Allah S.W.T,  Tetapi Allah S.W.T telah memberi kita sesuatu yang tiada pada makhluk lain , iaitu AKAL… di sebabkan itu Allah S.W.T  telah memberi kita satu keistimewaan pada kita yang bergelar manusia untuk membuat  pilihan sama ada hidup kita ini hanya untuk melakukan dosa  semata – mata atau melakukan banyak pahala… pilihan sebenarnya ada pada kita… ke syurga atau ke naraka…
Ada  hadis yang menyatakan bahawa “ Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu sehinggalah mereka sendiri yang merubahnya….
Dari hadis ini jelas bahawa Allah S.W.T sendiri telah memberi pilihan kepada kita sama ada kita mahukan kebaikan dalam kehidupan kita atau sebaliknya




Alhamdulillah berkat ilham  insyaallah , daripada Allah S.W.T persoalan yang ke dua telah pun aku jawab… berikutnya persoalan yang terakhir ....Mengapa kita tidak dibenarkan mengeluh apabila sesuatu barang milik kita hilang?

Pasti anda pernah kehilangan seseorang atau barang yang korang sayangi… betul tak. Dan sudah pasti anda akan marah dan merungut – rungut kalau macam tu apa kata korang dengar apa yang Allah S.W.T katakan di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Apa yang aku nak jelaskan kat sini ialah seandainya kita kehilangan sesuatu… dan kita redho dengan ketentuannya setelah kita berusaha mencarinya… ingatlah bahawa barang tersebut mungkin mendatangkan bencana atau membuatkan kita susah dimasa hadapan… dan dengan itu mintalah dan percayalah yang Allah S.W.T akan menggantikannya dengan lebih baik lagi…. Tapi ingat… kita mesti redha
Tapi seandainya kita kehilangan orang yang kita sayang… ingatlah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T lagi sayang akan hamba – hambanya yang dia jemput sebelum kita , melebihi kita yang menyatakan yang kita sayang akan dia…lagi pun Allah S.W.T tahu seandainya Allah S.W.T menjemput orang yang kita sayang tu bermakna kita sudah mampu hidup tanpa dia… dan Allah S.W.T  juga tahu yang seandainya kedua ibu bapa yang meninggal… pasti Si anak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang tinggal di alam barzah…
Pada yang kehilangan orang yang kita cinta atau pun orang yang kita cintai tu tinggalkan… pasti ada hikmah disebaliknya… mungkin kehidupan kita selepas berumahtangga akan retak atau sebaliknya... yang pasti kalau kita redha Allah S.W.T akan gantikan yang lebih baik lagi… lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik… dan lelaki yang jahat pasti untuk yang jahat… dan sebalik nya….
Alhamdulillah… selesai sudah pun post aku untuk kali ni…. ( napa la masa mata aq nak tido… bnyak pulak input… takpa…. input ni Insyaallah dari Allah S.W.T)
Sekian setakat ini sahaja la yang mampu saya tulis… yang pasti, kepada pembaca semua TOLONG SANGAT – SANGAT COMMENT  lau ada apa – apa yang salah… kalau  pembaca semua dapat input yang aku cuba sampaikan… sebenarnya semua itu datangnya dari Allah S.W.T… kadang – kadang apa yang aku tulis ni macam ada bisikan yang menyatakan sesuatu yang baru… so… tolongla comment tau….
Ok assalamualaikum……



Sabtu, 7 Januari 2012

Kebaikan Yg Terselindung Daripada Ujian Allah S.W.T

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah S.W.T . Akhirnya dengan izin allah aku berkesempatan juga untuk mengotakan janji aku pada anda semua bahawa aku akan menceritakan antara message dari Allah S.W.T  (contoh – contoh ujian dari Allah S.W.T) kepada hamba – hamba yang sangat dikasihaniNya

Pernah korang menghadapi masalah  di sepanjang kehidupan korang... aku pasti dalam hidup korang akan ada beberapa masalah yang akan anda runguti.
 Pastinya ada yg diantara mereka yang merungut...
1.       Mengapa tuhan memberi ujian sebegini rupa pada aku?
2.       Apakah salah ku?
3.       Benda apa yang aku buat sehingga aku ditimpa dugaan sebegini berat
DAN tak terkecuali juga ada yang mempersoalkan dalam keadaan marah seperti...
1.       Allah tak adil !!!
2.       Allah kejam !!!
3.       Daripada KAU menguji aku macam ni lebih baik KAU ambil saja nyawaku
Bila difikir balik, patut ke kita ajukan soalan – soalan macam ni... lagipun sebenarnya kita mengajukan soalan ini kepada sapa ? !... kepada siapa lagi kalau bukan Allah S.W.T .Tapi mungkin ada yang tidak perasan akan hal ini... Ini kerana apabila seseorang hambaNya itu berada dalam keadaan keluh kesah, fikiran mereka kadang kala KURANG waras. Mereka ini mudah dikuasai oleh anasir – anasir yang tidak baik dan secara tidak langsung telah mempersoalkan dan merunguti segala ujian yang diberi oleh Allah S.W.T
Andainya kita semua tahu bahawa semua ujian – ujian itu adalah cara untuk kita mendapat pahala dan menagih lebih banyak kasih sayang Allah S.W.T, pasti segala persoalan dan rungutan seperti diatas tidak kita katakan melalui lidah kita. Seandainya kita tahu betapa nikmatnya ujian yang diberi oleh Allah S.W.T kepada kita, kita tidak akan mempersoalkan KENAPA, MENGAPA, SEBAB APA..  ujian tersebut ditimpakan kepadanya.... tetapi bagi sesiapa yang tahu betapa besarnya nikmat sesuatu ujian dari Allah S.W.T  kepadanya mereka akan MENGAJUKAN SOALAN SEPERTI INI KEPADA Allah S.W.T

“Ya Allah, bagaimanakah caranya harus aku menyelesaikan ujian yang kau berikan kepada ku ini...?”

Kepada pembaca –pembaca ku sekelian, sesungguhnya Allah S.W.T itu maha bijaksana. Selalunya segala ujian dan masalah yang DIA timpakan kepada kita tentu bersebab .... kalau tak pun untuk memberi kita hadiah... Tidak akan  pernah  TUHAN SEMESTA ALAM  mahu menyakiti hamba – hambaNYA yang sangat mencintainya.Maaf la aku janji nak bagi contoh – contoh ujian dari allah... ok mungkin korang fikir ni ujian kecil... tp bagi aku ujian ni cukup besar kepada sesiapa yang  diberikan ujian yang sama menimpa kami...

kejadian yg aku nak ceritakan ni sebenarnya berlaku pada 2 orang sahabat aku termasuklah juga aku... so semuanya jadi 3... heheheh ceritanya bermula dgn ... kawan aku ni... Si F nak pinjam memori fon aku bab dia nak copy gambar (gambar apa biarlah rahsia) so aku bagi la... (mesti anda semua pelik kenapa taknak bluetooth je... sebab fon dia ada masalah) dah selesai copy dia bagi la balik memori fon tu kat aku... selain aku  dia juga pinjam memori fon Si M... pas habis copy... diapun bagi la balik memori kad tu pada Si M... masa tu aku ngah layan lagu HAMPA... so aku takperasan apa yang berlaku. Tak sampai 2 – 3 minit Si M masuk dalam bilik aku n Si F... aku malas nak amik tau ... aku wat selamba la.. pastu Si M masuk balik bilik dia dan Si F pun ikut juga... tak sampai beberapa minit aku dengar Si M jerit... aku pun ingat diorang ngah tengok movie hantu.... pas tu Si F masuk bilik...aku ingat dia kemas tempat tilam dia, dia nak tido... tp pas tu dia turun bawah... sebelum aku nak tido aku turun la bawah... tp dia takda.... aku masuk bilik Si M pun Si M kata takda... selepas subuh keesokan harinya baru la Si M bercerita kepada aku yang semua benda yang ada kat dalam memori fon dia jadi SHORTCUT... Tu yang dia marah malam tadi tu.... nasib baik dia ada copy semua benda yang ada kat memori kad dia tu kat dalam notebook... tp malang bagi aku.... semua benda yang ada kat dalam fon aku SHORTCUT AND YANG LAGI BERTAMBAH MALANG AKU TAK COPY PUN SEMUA BENDA YANG ADA KAT DALAM FON AKU TU... pada mulanya aku pun marah juga... tapi ni semua UJIAN... so aku relex jap...dan aku Cuma mampu memujuk hati  dangan menyatakan.....“Ya Allah, takpalah kalau ini ujian untuk aku harini... g pun dia tak sengaja.... sabar siti, sabar pasti ada kebaikannya...”  pas tu aku bukak FB... dengan kuasa allah... tergerak hati aku untuk buka profil salah sorang kenalan aku masa kat SMT Kuala Kangsar... sekarang dia dah jadi juruteknik computar... so aku bg tau masalah aku kat dia... dia bagi link yang boleh bunuh  VIRUS SHORTCUT tu.... alhamdulillah semua benda ada dalam memori kad aku sudah kembali HuuuuuuRiiiiiii

Mesti korang tertanya apa yang aku dapat melalui ujian Allah S.W.T pada aku kali ini...

1.       Dalam apa jua keadaan kita mesti... dalam keadaan tenang.. baru kita boleh berfikir waras... dan insyaallah, Allah S.W.T pasti akan memberi ilham pada kita.
2.       Aku dapat sofeware baru...
3.       Nanti bila masalah ni berulang lagi... tak payah la aku risau sebab aku boleh selesaikan masalah tu...
4.       Dan yang paling penting aku tak gaduh ngan Si F....
5.       Dan yang paling 2x penting Si M dan Si F dah berbak – baik semula...semua manusiakan pernah buat silap...heheheheh. The endnya semua bahgia....

Tengok... betul  ... semua ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita akan ada kebaikannya... Cuma JANGAN setkan kat dalam kepala otak kita dangan persoalan KENAPA...tapi setkan  di dalam kepala otak kita BAGAIMANA CARANYA...

SAMPAI DISINI SAJALAH PENULISAN AKU... AKU MOHON YANG TERAMAT SANGAT.... kalau 2x ada perkara yang aku sampaikan ini ada yang salah.... tolong la komen... Aku ni ...insyaallah akan sentiasa bersifat terbuka dalam apa jua  kritikan yang diberi oleh semua pembaca – pembaca.... ooo lupa pula nak cakap... Si F sebenarnya pergi rumah kawan dia pada malam tu dan... Maaf la Cuma dua contoh saja yang dapat aku sampaikan malam ni....  satu lagi  gambar komek tu... sekian WASSALAM....