Isnin, 9 Januari 2012

Kalau Semuanya Milik Allah S.W.T Habis Kita ni Takda Apa Ke?

Assalamualaikum…
Alhamdulillah …. Dengan izin Allah S.W.T kita berjumpa lagi. Tapi kali ni dengan tajuk yang lain pula. Aku harap pada kali ni apa yang nak aku sampaikan dapat menambahkan ilmu pengetahuan sesama kita…
Aku ingin memulakan penulisan aku dengan menanyakan beberapa soalan kepada pembaca – pembaca diluar sana…
 Pernahkah anda terfikirkan  soalan –soalan seperti…
1.      Adakah semua barang yang kita miliki  adalah milik kita?
2.     Apakah yang sebenarnya yang kita miliki yang benar – benar menjadi hak milik tunggal kita ?
3.     Mengapa kita tidak dibenarkan mengeluh apabila sesuatu barang milik kita hilang?
Aku  pasti ada  hati – hati manusia yang terdetik akan persoalan sebegini…termasuklah aku Insyaallah… dengan izin Allah S.W.T aku akan cuba menjawab persoalan – persoalan di atas…

Apakah yang dikatakan barang yang kita miliki sekarang adalah milik kita.? Apabila diajukan persoalan sebegini kepada sesiapa pun, pasti mereka menjawab … Apa yang ada pada aku… itu adalah milik aku. Ini mungkin kerana sesuatu barang yang kita perolehi kebanyakannya adalah datang  dari hasil usaha dan titik peluh kita sendiri… bukankah begitu… Ya,  memang benar… apa yang ada pada kita adalah milik kita… Tapi sedarkah anda bahawa barang yang kita miliki hasil dari usaha dan titik peluh kita itu adalah barang yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada kita .. Oleh sebab itu kita mestilah sentiasa mengingatkan diri bahawa pada hakikatnya semua barang yang kita miliki itu sebenarnya pinjaman dari Allah S.W.T  dan wajib bagi kita untuk sentiasa mensyukuri segala pinjaman yang dia berikan oleh Allah S.W.T kepada kita .
Jadi janganlah kita mengamalkan sikap yang suka menunjuk – nunjuk segala barang yang sememangnya milik kita pada orang lain… ini kerana barang – barang yang kita tunjuk tu pada hakikatnya adalah barang pinjaman… woiii abang2 n kakak2 oi… tak malu ke…. Dah la meminjam… pas tu nak bermegah – megah dengan barang yang bukan milik kita….
Tapi  anda semua jangan salah faham pula… disebabkan semua barang yang kita ada adalah pinjaman semata - mata… dengan sewenang – wenangnya kita membiar saja barang – barang tersebut tidak terjaga  atau pun mengambil barang orang lain tanpa kebenaran tuannya.… Dalam islam pun ada undang – undang yang mengiktiraf barang – barang hak milik setiap individu… so anda jangan pula main suka –suka hati mengambil barang – barang orang sesuka hati… Dengan alasan semua barang itu milik Allah S.W.T… kalau tak manakan wujud undang – undang islam bagi yang mencuri tanpa alasan, akan di hukum potong tangan…

Selesai sudah soalan pertama… so kita masuk persoalan yang kedua
“kalau semua yang ada adalah milik Allah S.W.Thabis apa yang kit benar – benar miliki…?
Ini adalah poin penting untuk persoalan ini … soalan ni aku pernah ajukan kepada Ustazah aku masa aku sem 1….Tapi disebabkan soalan yang aku ajukan  ini agak ringkas tapi padat dan anda semua tak faham, so aku ada la buat penambahan sikit… tak banyak …sikit je… macam huraian la juga

“ Ustazah, kita tahu bahawa segala yang ada di langit, dibumi dan seluruh system galaksi ini adalah milik Allah S.W.T… termasuk la juga seluruh tubuh badan kita adalah milik Allah S.W.T… malahan hati yang diberi kuasa memerintah akal dan tubuh badan pun milik Allah S.W.T… kita juga tahu… semua ini adalah pinjaman semata – mata…Jadi soalan saya kita ni takda apa – apa ke??? Maksudnya takda apa –apa ke yang menjadi milik kita…???”
Anda semua nak tau tak ustazah tu Cuma senyun dan dia terus menjawab…
“ Setiap seseorang manusia itu memiliki Dosa dan Pahala… itu lah milik kita”
Sebenarnya walaupun segala yang ada di langit dan di bumi ini adalah milik Allah S.W.T,  Tetapi Allah S.W.T telah memberi kita sesuatu yang tiada pada makhluk lain , iaitu AKAL… di sebabkan itu Allah S.W.T  telah memberi kita satu keistimewaan pada kita yang bergelar manusia untuk membuat  pilihan sama ada hidup kita ini hanya untuk melakukan dosa  semata – mata atau melakukan banyak pahala… pilihan sebenarnya ada pada kita… ke syurga atau ke naraka…
Ada  hadis yang menyatakan bahawa “ Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu sehinggalah mereka sendiri yang merubahnya….
Dari hadis ini jelas bahawa Allah S.W.T sendiri telah memberi pilihan kepada kita sama ada kita mahukan kebaikan dalam kehidupan kita atau sebaliknya




Alhamdulillah berkat ilham  insyaallah , daripada Allah S.W.T persoalan yang ke dua telah pun aku jawab… berikutnya persoalan yang terakhir ....Mengapa kita tidak dibenarkan mengeluh apabila sesuatu barang milik kita hilang?

Pasti anda pernah kehilangan seseorang atau barang yang korang sayangi… betul tak. Dan sudah pasti anda akan marah dan merungut – rungut kalau macam tu apa kata korang dengar apa yang Allah S.W.T katakan di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Apa yang aku nak jelaskan kat sini ialah seandainya kita kehilangan sesuatu… dan kita redho dengan ketentuannya setelah kita berusaha mencarinya… ingatlah bahawa barang tersebut mungkin mendatangkan bencana atau membuatkan kita susah dimasa hadapan… dan dengan itu mintalah dan percayalah yang Allah S.W.T akan menggantikannya dengan lebih baik lagi…. Tapi ingat… kita mesti redha
Tapi seandainya kita kehilangan orang yang kita sayang… ingatlah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T lagi sayang akan hamba – hambanya yang dia jemput sebelum kita , melebihi kita yang menyatakan yang kita sayang akan dia…lagi pun Allah S.W.T tahu seandainya Allah S.W.T menjemput orang yang kita sayang tu bermakna kita sudah mampu hidup tanpa dia… dan Allah S.W.T  juga tahu yang seandainya kedua ibu bapa yang meninggal… pasti Si anak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang tinggal di alam barzah…
Pada yang kehilangan orang yang kita cinta atau pun orang yang kita cintai tu tinggalkan… pasti ada hikmah disebaliknya… mungkin kehidupan kita selepas berumahtangga akan retak atau sebaliknya... yang pasti kalau kita redha Allah S.W.T akan gantikan yang lebih baik lagi… lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik… dan lelaki yang jahat pasti untuk yang jahat… dan sebalik nya….
Alhamdulillah… selesai sudah pun post aku untuk kali ni…. ( napa la masa mata aq nak tido… bnyak pulak input… takpa…. input ni Insyaallah dari Allah S.W.T)
Sekian setakat ini sahaja la yang mampu saya tulis… yang pasti, kepada pembaca semua TOLONG SANGAT – SANGAT COMMENT  lau ada apa – apa yang salah… kalau  pembaca semua dapat input yang aku cuba sampaikan… sebenarnya semua itu datangnya dari Allah S.W.T… kadang – kadang apa yang aku tulis ni macam ada bisikan yang menyatakan sesuatu yang baru… so… tolongla comment tau….
Ok assalamualaikum……



2 ulasan:

  1. ko smemangnye ade sesuatu yg kami blom tau
    dan beruntunglah bagi mereka yg slalu berkongsi ilmu dan mencari ilmu
    but tulisan yg tlalu bnyk dan bersahaja mampu bwat ssetngh org tu bosan..

    BalasPadam