Ahad, 18 Mac 2012

MATAHARI TERBIT SEBELAH BARAT ??? MACAM MANA ...


Assalamualaikum ... post saya pada kali ini ialah  mengenai TEORI AL – QURAN V.S TEORI BARAT dalam persoalan BAGAIMANA TERBITNYA MATAHARI DARI BARAT... 

Tapi di sini saya hanya mengambil point – point  yang penting sahaja supaya para pembaca tidak bosan dan diakhir penulisan saya insyaallah... saya dan para pembaca akan mendapat ilmu yg bermanfaat.... amin ya robbal alamin.....


PERBEZAAN ANTARI TEORI BARAT DAN TEORI AL-QURAN
TEORI BARAT
TEORI AL-QURAN
·       “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
·       perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan
·       sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari


·      “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” surah Al-Qamar[Bulan] (ayat 1)
·      “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan surah Al-Hijr [Negeri Kaum Thamud] (ayat 72)
·      Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit surah Al-Hijr (ayat 73)
·      Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras surah Al-Hijr (ayat 74)
·      Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang memerhati (mengkaji) surah Al-Hijr (ayat 75)
·      Dan sesungguhnya (negeri) itu masih benar-benar terletak pada jalan yang masih tetap (tidak musnah dan masih dilalui orang. surah Al-Hijr (ayat 76)

Mari kita berfikir sejenak menggunakan logik akal pada salah satu  TEORI BARAT...
perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan”
Seandainya TEORI BARAT ini benar...INI yang akan berlaku pada bumi kita :
1.   Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur!

2.   sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari dan akan menyebabkan...

3.   ...bumi berputar pada kelajuan objek yang berada pada khatulistiwa ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi ...
Dan seandainya TEORI BARAT ini benar KENAPA ??? sampai sekarang pun PENGKAJI BARAT tidak dapat membuktikannya... sadangkan kajian Al-quran telah pun membuktikannya...
Diharap para pembaca masih lagi teruskan membaca post saya ini. Ini kerana saya ingin membongkar apa yg tersirat dan yang tersurat di didalam ke enam – enam  ayat Al-Quran yang saya copy n paste dari tulisan hamba Allah ni...
1.  “Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng)”... surah Al-Hijr (1/274)
Ayat ini bermaksud :
kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. Bagaimana “Proses tertonggeng”  berlaku... _____________________________________________
2.  “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” surah Al-Qamar (1)
Ayat ini bermaksud :
... ia berlaku disebabkan  apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik / Tenaga elektro-magnet ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan.
____________________________________________________
3.  “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan surah Al-Hijr (72)
Ayat ini bermaksud :
Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru.
_________________________________________________
4.  ... dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras surah Al-Hijr (1/274)
5.  Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit surah Al-Hijr (73)

Ayat 4 & 5 ini bermaksud :
Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai ke bumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.
__________________________________________________
6.  Dan sesungguhnya (negeri) itu masih benar-benar terletak pada jalan yang masih tetap (tidak musnah dan masih dilalui orang.) surah Al-Hijr (ayat 76)
Ayat ini bermaksud :
Apabila terbitnya matahari disebelah barat, masih ada lagi manusia yang menghuni bumi ini. Dan jalan – jalan yang terdapat dibumi ini masih lagi ada seperti sedia kala....
_________________________________________________
Di akhir kata fikirkanlah mengapa arah kiblat makin hari makin ke kekanan...
INGAt!!!!!  apabila
sampainya matahari itu terbit disebelah barat... maka tertutuplah pintu – pintu taubat... segala amal kebajikan atau pun kejahatan tidak lagi di ambil kira...

Saya hanyalah insan yg masih cetek ilmunya... bagaikan mencelup 1 jari kelautan dan diangkat kembali ke atas ...ada titisan air di situ... dan itulah ilmu saya.... begitu sedikit bukan...

Wassalam....



 

Sabtu, 10 Mac 2012

Solat ( Part 4) : Solat Penyerap Frequency (Aura) Untuk badan ???


Assalamualaikaum... 

Untuk post saya pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai :

·       Warna alam

·       Frequency

·       Kelebihan setiap solat &...

·       Keburukan orang yang meninggalkan solat

Ke empat2 perkara diatas ada kaitannya mengenai tajuk saya di atas... senang cerita ... SELAMAT MEMBACA...
 SOLAT SUBUH
·       Warna alam adalah biru muda
·       Frequencnya adalah bersamaan dengan tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan.
·       Kebaikan bagi orang yang menyegerakan solat...
1.   Penawar,rezeki dan komunikasi:
                                                      I.            Warna biru muda adalah satu gelombang freq yg dimana diserap oleh tirod yg berlaku dalam keadaan roh dan jasat bercantum (keserantakan ruang dan masa) dlm kata lain lepas terjaga dr tido. Proses penyerapan berlaku semasa rukuk dan sujud.
·       Keburukan bagi orang yg melewatkan solat...
2.   Mereka ini telah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

SOLAT ZOHOR
·       Warna alam adalah kuning
·       Frequencynya adalah bersamaan dengan perut, hati dan yang berkaitan dangan sistem penghadaman.
·       Kebaikan bagi orang yang menyegerakan solat...
3.   Mereka ini insyaallah akan sentiasa gembira
4.   Tetapi ada juga hadis yang menyuruh kita menangguhkan seketika ( kejap je tau...  !!! ) untuk menunaikan solat zohor :
Sabda Nabi:
“Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” (Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)

·       Keburukan bagi orang yg melewatkan solat...
5.   Mereka ini akan menghadapi masalah perut dan hilang sifat keceriaan (kalau perut sakit... kita ceria tak???)
SOLAT ASAR
·       Warna alam adalah oran
·       Freqnya adalah bersamaan dengan ovari, testis dan yang berkaitan dangan sistem reporduktif.
·       Kebaikan bagi orang yang menyegerakan solat...
6.   Mereka ini akan menjadi seorang yang kreativiti.
·       Keburukan bagi orang yang melewatkan solat...
7.   Mereka ini akan kehilangan daya kritiviti
8.   Hilangnya tenaga orgen – orgen reproduktif
9.   ...dan lebih malang kalau roh n jasat terpisah waktu ini...( hee bukan mati ye tp, tidor je) insyaallah akan mewarisi penyakit nyanyuk or gila.
SOLAT MAGHRIB
·       Warna alam adalah merah
·       Freqnya adalah bersamaan dengan otot,saraf dan tulang
·       Kebaikan bagi orang yang menyegerakan solat...
10.                    Insyaallah mereka ini akan dipenuhi dangan sifat keyakinan dan kesihatan pada otot,saraf dan tulang

·       Keburukan bagi orang yang melewatkan solat...
11.                    Hilangnya keyakinan diri.
12.                    Pada waktu ini juga tenaga freq yang dihasilkan ialah bersamaan dengan freq IBLIS LAKNATULLAH dan JIN (infra- red). Sebab mengapa orang tua- tua melarang kita untuk keluar pada waktu ini ialah kerana pada waktu ini iblis dan jin sangat kuat dan di sebab terlalu banyaknya interferens ini boleh menyebabkan pandangan mata kita menjadi keliru.

SOLAT ISYA
·       Warna alam adalah indigo
·       Freqnya adalah sama dengan sistem kawalan otak
·       Kebaikan bagi mereka yang menyegerakan solat...
13.             Mereka ini akan sentiasa dalam keadaan tenang dan tanteram
14.             Tetapi ada juga hadis yang mengharuskan kita melewatkan solat isya :
sabda Nabi s.a.w.;
“Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)
:
·       Keburukan bagi mereka yang MENINGGALKAN solat...
15.              Mereka ini akan sentiasa berada dalam kegelisahan
Kesimpulannya yang saya boleh lakukan disini ialah mengapa Allah menyuruh kita menyegerakan solat ialah setiap waktu masuknya solat ada kelebihannya yang tersendiri. Selain daripada itu allah sangat mengasihani hamba – hambaNya yang solat di awal waktu. Seperti yang dinyatakan didalam hadis ini
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي

Ertinya : Ditanyakan kepada Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)
 
Lupa nak ckp freq tu maksud dia gelombang ...Akhir kata seandainya ada yang terkurang maka komen-komenkan la ye... saya hanya seorang hamba yang serba kekurangan...
Wassalam...




Isnin, 5 Mac 2012

DALAM ISLAM PUN ADA PERKATAAN JANGAN... KENAPA???


ASSALAMUALAIKUM...

Harini saya ingin berkongsi mengenai perkataan JANGAN di dalam islam... kalau di fikir balik pasti ramai yang selalu menanyakan kenapa islam melarang buat itu dan ini...  Disini saya akan memberitahu MENGAPA PERKATAAN JANGAN MESTI ADA DI DALAM ISLAM...?


JANGAN tidur selepas solat Subuh...
SEBAB nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan.
SEBAB Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan
SEBAB  Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
SEBAB Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
SEBAB hukumnya Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan..
SEBAB Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
SEBAB mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
SEBAB dosa dengan Allah boleh mintak ampun secara terus. Tp dosa sesama manusia kena mintak ampun sesama manusia

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
SEBAB Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

 JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita.
SEBAB Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah.
SEBAB Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN banyak ketawa.
SEBAB Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohonG...
SEBAB  ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan..
SEBAB Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

 JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
SEBAB Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
SEBAB  semuanya untuk KESELAMATAN KITA.

Jadi disini secara ringkasnya bahawa... MENGAPA PERKATAAN JANGAN MESTI ADA DI DALAM ISLAM...?  Adalah kerana setiap larangan yang Allah perintahkan untuk kita pasti ada kebaikan disebaliknya. Di zaman yang serba canggih ini pelbagai bahan dan peralatan untuk kita melakukan kajian untuk membuktikan mengapa Allah melarang untuk kita melakukan sesuatu yang DIA larang...
Pasti anda akan menjumpai kebaikan dan kelebihan setiap laranganNYA. Akhir kata semoga saya dan anda semua mendapat pengajaran yg akan sentiasa di redoi oleh Allah



Khamis, 1 Mac 2012

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH


ASSALAMUALAIKUM…..

Sudah lama saya tidak  menulis untuk blog saya ni. So pada post saya kali ini saya ingin berkongsi mengenai sesuatu perkara yang sudah pasti ramai yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran kita. Selalunya kita sering membaca mengenai biodata artis – artis dan biodata seseorang yang kita minat… betul tak…. So pada kali ni saya nak berkongsi mengenai BIODATA IBLIS LAKNATULLAH.  So nasihat saya bacalah dengan berhati – hati… seperti mana anda membaca biodata seseorang yang anda minat…
BIODATA
Nama – nama Iblis laknatullah yang utama  :
·       Akwan
·       Hafaf
·       Wamurah
·       Zailatun
·       Wawatsin
·       Laqwal
·       A’wa
·       al-wasnan
·       Dasim
PENGENALAN DIRI

Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT
STATUS PERNIAGAAN

Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/ Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/ Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah – setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambing korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks
Semoga dengan pengenalan ini.. kita sedikit sebanyak dapat mengenali musuh kita seumur hidup... Semoga apa yang saya postkan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai siapakah yang di panggil IBLIS...


 Wassalaam........