Sabtu, 7 Januari 2012

Kebaikan Yg Terselindung Daripada Ujian Allah S.W.T

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah S.W.T . Akhirnya dengan izin allah aku berkesempatan juga untuk mengotakan janji aku pada anda semua bahawa aku akan menceritakan antara message dari Allah S.W.T  (contoh – contoh ujian dari Allah S.W.T) kepada hamba – hamba yang sangat dikasihaniNya

Pernah korang menghadapi masalah  di sepanjang kehidupan korang... aku pasti dalam hidup korang akan ada beberapa masalah yang akan anda runguti.
 Pastinya ada yg diantara mereka yang merungut...
1.       Mengapa tuhan memberi ujian sebegini rupa pada aku?
2.       Apakah salah ku?
3.       Benda apa yang aku buat sehingga aku ditimpa dugaan sebegini berat
DAN tak terkecuali juga ada yang mempersoalkan dalam keadaan marah seperti...
1.       Allah tak adil !!!
2.       Allah kejam !!!
3.       Daripada KAU menguji aku macam ni lebih baik KAU ambil saja nyawaku
Bila difikir balik, patut ke kita ajukan soalan – soalan macam ni... lagipun sebenarnya kita mengajukan soalan ini kepada sapa ? !... kepada siapa lagi kalau bukan Allah S.W.T .Tapi mungkin ada yang tidak perasan akan hal ini... Ini kerana apabila seseorang hambaNya itu berada dalam keadaan keluh kesah, fikiran mereka kadang kala KURANG waras. Mereka ini mudah dikuasai oleh anasir – anasir yang tidak baik dan secara tidak langsung telah mempersoalkan dan merunguti segala ujian yang diberi oleh Allah S.W.T
Andainya kita semua tahu bahawa semua ujian – ujian itu adalah cara untuk kita mendapat pahala dan menagih lebih banyak kasih sayang Allah S.W.T, pasti segala persoalan dan rungutan seperti diatas tidak kita katakan melalui lidah kita. Seandainya kita tahu betapa nikmatnya ujian yang diberi oleh Allah S.W.T kepada kita, kita tidak akan mempersoalkan KENAPA, MENGAPA, SEBAB APA..  ujian tersebut ditimpakan kepadanya.... tetapi bagi sesiapa yang tahu betapa besarnya nikmat sesuatu ujian dari Allah S.W.T  kepadanya mereka akan MENGAJUKAN SOALAN SEPERTI INI KEPADA Allah S.W.T

“Ya Allah, bagaimanakah caranya harus aku menyelesaikan ujian yang kau berikan kepada ku ini...?”

Kepada pembaca –pembaca ku sekelian, sesungguhnya Allah S.W.T itu maha bijaksana. Selalunya segala ujian dan masalah yang DIA timpakan kepada kita tentu bersebab .... kalau tak pun untuk memberi kita hadiah... Tidak akan  pernah  TUHAN SEMESTA ALAM  mahu menyakiti hamba – hambaNYA yang sangat mencintainya.Maaf la aku janji nak bagi contoh – contoh ujian dari allah... ok mungkin korang fikir ni ujian kecil... tp bagi aku ujian ni cukup besar kepada sesiapa yang  diberikan ujian yang sama menimpa kami...

kejadian yg aku nak ceritakan ni sebenarnya berlaku pada 2 orang sahabat aku termasuklah juga aku... so semuanya jadi 3... heheheh ceritanya bermula dgn ... kawan aku ni... Si F nak pinjam memori fon aku bab dia nak copy gambar (gambar apa biarlah rahsia) so aku bagi la... (mesti anda semua pelik kenapa taknak bluetooth je... sebab fon dia ada masalah) dah selesai copy dia bagi la balik memori fon tu kat aku... selain aku  dia juga pinjam memori fon Si M... pas habis copy... diapun bagi la balik memori kad tu pada Si M... masa tu aku ngah layan lagu HAMPA... so aku takperasan apa yang berlaku. Tak sampai 2 – 3 minit Si M masuk dalam bilik aku n Si F... aku malas nak amik tau ... aku wat selamba la.. pastu Si M masuk balik bilik dia dan Si F pun ikut juga... tak sampai beberapa minit aku dengar Si M jerit... aku pun ingat diorang ngah tengok movie hantu.... pas tu Si F masuk bilik...aku ingat dia kemas tempat tilam dia, dia nak tido... tp pas tu dia turun bawah... sebelum aku nak tido aku turun la bawah... tp dia takda.... aku masuk bilik Si M pun Si M kata takda... selepas subuh keesokan harinya baru la Si M bercerita kepada aku yang semua benda yang ada kat dalam memori fon dia jadi SHORTCUT... Tu yang dia marah malam tadi tu.... nasib baik dia ada copy semua benda yang ada kat memori kad dia tu kat dalam notebook... tp malang bagi aku.... semua benda yang ada kat dalam fon aku SHORTCUT AND YANG LAGI BERTAMBAH MALANG AKU TAK COPY PUN SEMUA BENDA YANG ADA KAT DALAM FON AKU TU... pada mulanya aku pun marah juga... tapi ni semua UJIAN... so aku relex jap...dan aku Cuma mampu memujuk hati  dangan menyatakan.....“Ya Allah, takpalah kalau ini ujian untuk aku harini... g pun dia tak sengaja.... sabar siti, sabar pasti ada kebaikannya...”  pas tu aku bukak FB... dengan kuasa allah... tergerak hati aku untuk buka profil salah sorang kenalan aku masa kat SMT Kuala Kangsar... sekarang dia dah jadi juruteknik computar... so aku bg tau masalah aku kat dia... dia bagi link yang boleh bunuh  VIRUS SHORTCUT tu.... alhamdulillah semua benda ada dalam memori kad aku sudah kembali HuuuuuuRiiiiiii

Mesti korang tertanya apa yang aku dapat melalui ujian Allah S.W.T pada aku kali ini...

1.       Dalam apa jua keadaan kita mesti... dalam keadaan tenang.. baru kita boleh berfikir waras... dan insyaallah, Allah S.W.T pasti akan memberi ilham pada kita.
2.       Aku dapat sofeware baru...
3.       Nanti bila masalah ni berulang lagi... tak payah la aku risau sebab aku boleh selesaikan masalah tu...
4.       Dan yang paling penting aku tak gaduh ngan Si F....
5.       Dan yang paling 2x penting Si M dan Si F dah berbak – baik semula...semua manusiakan pernah buat silap...heheheheh. The endnya semua bahgia....

Tengok... betul  ... semua ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita akan ada kebaikannya... Cuma JANGAN setkan kat dalam kepala otak kita dangan persoalan KENAPA...tapi setkan  di dalam kepala otak kita BAGAIMANA CARANYA...

SAMPAI DISINI SAJALAH PENULISAN AKU... AKU MOHON YANG TERAMAT SANGAT.... kalau 2x ada perkara yang aku sampaikan ini ada yang salah.... tolong la komen... Aku ni ...insyaallah akan sentiasa bersifat terbuka dalam apa jua  kritikan yang diberi oleh semua pembaca – pembaca.... ooo lupa pula nak cakap... Si F sebenarnya pergi rumah kawan dia pada malam tu dan... Maaf la Cuma dua contoh saja yang dapat aku sampaikan malam ni....  satu lagi  gambar komek tu... sekian WASSALAM....

2 ulasan:

  1. idea ade tapi kurang pelbagai la
    ejaan ko tu, btol ke, klaka tau x, haha

    BalasPadam
  2. hehehe,,,, memang la,,,buat time mgantuk... g pun time tu la banyak idea..... apa2 pun maksih....

    BalasPadam