Ahad, 19 Februari 2012

Solat ( Part 3 ) : Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat (Kisah Benar)

Assalamualaikum sahabat2 ku sekelian... alhamdulillah kita berjumpa lagi. Pada kali ini saya ingin menyambung sambungan post yang lalu... Di sini saya ingin  berkongsi pengalaman hamba Allah S.W.T  dalam menguruskan jenazah seorang lelaki yang meninggalkan solat ..tp saya tahu kebanyakan pembaca tak berapa suka kalau post tu panjang berjela jadi malas nak baca....hehehehe sama la macam saya. so saya pun buatkan ringkasan. Pada akhir post ini bagi sesapa yang membacanya akan insyaallah akan mendapat pengajaran bagi sesiapa yang tidak menunaikan solat....
seorang ustaz ni... dia dipanggil ke hospital untuk menguruskan seorang jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak di tuntut pada waktu malam.
Sewaktu Si ustaz membuka penutup muka si jenazah, kelihatan wahahnya sangat putih, badannya bersaiz kecil dan mungkin berusia 20-an. Tapi dengan kuasa Allah S.W.T. wajah si mayat tadi bertukar menjadi hitam secara perlahan- lahan. Selepas 5 minit wajah jenazah tersebut bertukar sepenuhnya menjadi hitam seperti terbakar. Si ustaz tidak habis2 membaca ayat - ayat suci Al-Quran. Kemudian Si ustaz keluar sebentar dari bilik mayat tersebut. Si ustaz termenung sambil fikirannya penuh dengan tanda tanya, tiba2  ada seorang makkck yang mungkin berusia 60-an lengkap berbaju kurung datang menghampiri si ustaz.

makcik : Ustaz,
Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
dangan segera Si ustaz membawa makcik tersebut bertemu dangan jejazah laki tersebut
Ustaz : adakah ini anak makcik?
makcik : rasanya betul


selepas membawa makcik tu keluar dari bilik....


ustaz :"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" .
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Si ustaz ulangi pertanyaannya tetapi makcik tersebut  masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu.
ustaz: "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "gertak si ustaz
makcik :"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan."




Jawapannya itu memeranjatkan si ustaz.
Ingatlah bahawa nabi kita pernah bersabda :

bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
dan............................
jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..dengan ringkasan yang insyaallah para pembaca boleh faham marilah kita ramai - ramai melahirkan perasaan takut kita kepada Allah SW.T  untuk tidak mengambil sikap sambil lewa dalam hal solat ini.... (ringkasan dari cerita ARUAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAK ...) nanti di lain post insyaallah saya akan postkan kisah yang lengkap untuk ARUAH IBU...... INI KERANA PADA POST SAYA KALI INI ADALAH MENGENAI SOLAT....sekian wassalam





Khamis, 2 Februari 2012

Solat (Part 2) :Nama – Nama Syaitan dalam Al-Fatihah ?

Assalamualaikum ...
Aada post kali ini saya ingin menyentuh mengenai rukun solat yang ke empat....
Apa yang kita tahu mengenai rukun solat yang ke 4 ialah membaca ayat Al- fatihah... tapi tahukah anda bahawa seandainya anda membaca ayat Al-Fatihah dengan  tidak mengikut hukum tajwidnya ia akan menyebabkan anda menyebut nama – nama  syaitan laknatullah dengan tidak sengaja. Disini saya ingin berkongsi dengan anda 1 emil daripada hamba allah ini sebagai renungan dan peringatan buat kita semua
PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.ini nama – nama syaitan yang kita mungkin menyebutnya...
NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-6 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.
Sampai disini sajalah post saya... semoga apa yang saya post pada kali ni akan menambahkan lagi ilmu saya dan para pembaca sekelian....sekian wassalam