Khamis, 2 Februari 2012

Solat (Part 2) :Nama – Nama Syaitan dalam Al-Fatihah ?

Assalamualaikum ...
Aada post kali ini saya ingin menyentuh mengenai rukun solat yang ke empat....
Apa yang kita tahu mengenai rukun solat yang ke 4 ialah membaca ayat Al- fatihah... tapi tahukah anda bahawa seandainya anda membaca ayat Al-Fatihah dengan  tidak mengikut hukum tajwidnya ia akan menyebabkan anda menyebut nama – nama  syaitan laknatullah dengan tidak sengaja. Disini saya ingin berkongsi dengan anda 1 emil daripada hamba allah ini sebagai renungan dan peringatan buat kita semua
PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.ini nama – nama syaitan yang kita mungkin menyebutnya...
NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-6 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.
Sampai disini sajalah post saya... semoga apa yang saya post pada kali ni akan menambahkan lagi ilmu saya dan para pembaca sekelian....sekian wassalam



1 ulasan:

  1. banyak dari kita yang tak sedar akan masalah ni
    dan mungkin ada yang dah tau tapi terlupa
    dan ada yang sedia tahu tapi buat tak tahu
    terima kasih atas peringatan anda =)

    BalasPadam