Rabu, 5 Jun 2013

27 Rejab... Bukan setakat Israk & Mikraj TAPI "Solat"


Assalamualaikum... Malam in 27 Rejab 1434 hijrah... 27 Rejab... suatu tarikh bersejarah yg dimana Allah menjemput Junjungan besar kita Nabi Muhammad... Rasulullah berjumpa sendiri dengan Nya yg dimana satu hari yg sangat memberi pengajaran dan penghargaan buat Umat manusia akhir zaman...

....Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang...

27 Rejab tarikh dimana Allah telah menjemput Nabi Muhammad untuk mengadapNya dan mengeluarkan suatu perintah utk umat Nabi Muhammad. Suatu perintah yg dimana Allah sendiri yg memberitahu kepada Nabi Muhammad... x seperti perintah2Nya yg lain dimana diwahykanNya melalui Malaikat Jibril... PerintahNya adalah "Solat" yg dimana asalnya 50 kali sehari menjadi 5 kali sehari yg pahalanya bersamaan dengan 50 kali sehari...  selepas 9 kali Nabi membuat rayuan Kepada Allah supaya mengurangkan jumlah solat tersebut dek kerana atas nasihat Nabi Musa yg dimana menyatakan bahawa x akan sanggup umat Nabi Muhammad melakukan solat kepada Allah dengan jumlah tersebut ... [walaupun 5 kali sehari] {dah terbukti 5 x sehari pun masih ada yg tinggal... kecuali bagi mereka yg beriman}...

ketahuilah bahawa solat adalah suatu perintah yg paling penting bagi setiap manusia yg beriman kepada Allah dan Rasulnya... kerna itu dalam keadaan apa jua kita diWAJIBkan untuk solat... walaupun diri kita hanya ada kepala, badan dan sebelah tangan sahaja... mesti SOLAT...

dan juga ketahuilah

x guna kalau solat tinggal ... tp berpuasa
x guna kalau solat tinggal ... tp bayar zakat
x guna kalau solat tinggal ... tp pg haji
x guna kalau solat tinggal ... tp bersedekah
kerana

Solat adalah perkara pertama yg akan di semak oleh Allah dahulu... kalau yg ni pun sangkut.... yg lain pun sangkut...

Solat subuh saja kalau tinggal dah makan masa 30 thn di akhirat [bersamaan 60 000 tahun di dunia]

bab tu la  aq tegaskan "x guna kalau solat tinggal" sebab selagi solat sepanjang hidup kita x selesai di semak... selagi itu la pahala yg lain2 x akan di semak ...

Jum selawat kepada Rasulullah... wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan