Rabu, 8 Ogos 2012

Jawapan dari Allah s.w.t kepada setiap pertanyaan manusia



Assalamualaikum...
Apakabar anda semua... dah agak lama saya tak tulis post kat blog saya ni. Jadi pada post saya kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai PERTANYAAN ( RUNGUTAN ) YG SERING KITA DENGARI OLEH MANUSIA.


Soalan 1 : Kenapa Saya diuji??

Jawab Allah s.w.t 1 :“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. (Surah al-Ankabut ayat 2-3)

Jawab Allah s.w.t 2 :Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Surah Al-baqarah 214)

Soalan 2 : kenapa saya tidak pernah dapat apa yang saya mahu ?
Jawab Allah s.w.t : ...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Surah Al-Baqarah (pertengahan ayat )216 )


Soalan 3 : kenapa  ujian seperti ini di beri kepada kami???

Jawab Allah s.w.t 1 Allah tidak meletakkan beban kepada jiwa yang lebih besar daripada apa yang ia boleh menanggung Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia mengalami setiap sakit yang diusahakannya" (Surah Al-Baqarah (permulaan ayat )286)
Jawab Allah s.w.t 2 : Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah Al-Insyirah 5-6)


Soalan 4 ( soalan ini sama dengan kata x2 seperti ini " Aku tak mampu hidup tanpa Si pulan b / bt si pulan" ) : Kepada siapa boleh saya bergantung ???

Jawab Allah s.w.t (katakan pada Hati kita ): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Banyak lagi Pertanyaan - pertanyaan yang diajukan oleh Seorang Manusia itu. Tapi saya rasa ini sajalah yang saya mampu berikan. Sebenarnya tujuan saya menulis post ini adalah untuk menggalakkan kepada anda memperbanyakkan membaca Al-quran dan memahami setiap ayat tersebut . Saya melihat memang ramai yang pandai membaca Al-quran siap berlagu lagi...tetapi tidak ramai yang memahaminya... jadi Di bulan yang mulia ini marilah kita mengkaji Kata - kata Allah ( Kitab Al- Quran ) Moga - moga kita mendapat rahmat dan kasih sayangnya. Akhir kata Selamat Berpuasa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan