ASSALAMUALAIKUM...
Harini saya ingin berkongsi mengenai perkataan JANGAN di dalam islam... kalau di fikir balik
pasti ramai yang selalu menanyakan kenapa islam melarang buat itu dan ini... Disini saya akan memberitahu MENGAPA PERKATAAN JANGAN MESTI ADA DI
DALAM ISLAM...?
JANGAN tidur selepas solat
Subuh...
SEBAB nanti rezeki
Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
JANGAN makan tanpa membaca
BISMILLAH dan DOA makan.
SEBAB Nanti rezeki
kita dikongsi syaitan.
JANGAN tambah perhiasan di
badan
SEBAB Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang
paling Sempurna
JANGAN keluar rumah tanpa
niat untuk membuat kebaikan.
SEBAB Takut-takut kita
mati dalam perjalanan.
JANGAN pakai sepatu atau
selipar yang berlainan pasangan.
SEBAB hukumnya Makruh
dan mewarisi kepapaan.
JANGAN biarkan Mata liar
di perjalanan..
SEBAB Nanti hati kita
gelap diselaputi dosa.
JANGAN menangguh taubat
bila berbuat dosa
SEBAB mati boleh
datang bila-bila masa.
JANGAN ego untuk meminta
maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
SEBAB dosa dengan Allah
boleh mintak ampun secara terus. Tp dosa sesama manusia kena mintak ampun
sesama manusia
JANGAN mengumpat sesama
rakan taulan.
SEBAB Nanti rosak
persahabatan Kita hilang bahagia.
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja
Kita.
SEBAB Nanti Kita
sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
JANGAN bakhil untuk
bersedekah.
SEBAB Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
JANGAN banyak ketawa.
SEBAB Nanti mati jiwa.
JANGAN biasakan
berbohonG...
SEBAB ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan
kasih orang kepada Kita.
JANGAN suka menganiaya
manusia atau haiwan..
SEBAB Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan
dunia.
SEBAB Akhirat itu
lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM
itu berkata JANGAN.
SEBAB semuanya untuk
KESELAMATAN KITA.
Jadi disini secara ringkasnya bahawa... MENGAPA PERKATAAN JANGAN MESTI ADA DI
DALAM ISLAM...? Adalah kerana
setiap larangan yang Allah perintahkan untuk kita pasti ada kebaikan
disebaliknya. Di zaman yang serba canggih ini pelbagai bahan dan peralatan untuk
kita melakukan kajian untuk membuktikan mengapa Allah melarang untuk kita
melakukan sesuatu yang DIA larang...
Pasti anda akan menjumpai kebaikan dan kelebihan setiap
laranganNYA. Akhir kata semoga saya dan anda semua mendapat pengajaran yg akan
sentiasa di redoi oleh Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan