Assalamualaikum
... post saya pada kali ini ialah mengenai TEORI AL –
QURAN V.S TEORI BARAT dalam persoalan BAGAIMANA TERBITNYA MATAHARI DARI
BARAT...
Tapi di sini
saya hanya mengambil point – point yang
penting sahaja supaya para pembaca tidak bosan dan diakhir penulisan saya insyaallah...
saya dan para pembaca akan mendapat ilmu yg bermanfaat.... amin ya robbal
alamin.....
PERBEZAAN ANTARI TEORI BARAT DAN TEORI AL-QURAN
TEORI
BARAT
|
TEORI
AL-QURAN
|
· “retrograde
motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
· perlanggaran
bumi dengan komet atau planet
lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan
· sebab keadaan
bumi yang semakin hampir dengan matahari
|
·
“Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan
pun merekah/terbelah” surah Al-Qamar[Bulan] (ayat 1)
·
“Demi umur engkau, sesungguhnya mereka
dalam keadaan mabuk dan kebingungan surah Al-Hijr [Negeri Kaum
Thamud] (ayat 72)
·
Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang
keras ketika matahari terbit surah Al-Hijr (ayat 73)
·
Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang
diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang
keras surah Al-Hijr (ayat 74)
·
Sesungguhnya pada yang demikian itu
menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang memerhati (mengkaji) surah Al-Hijr
(ayat 75)
·
Dan sesungguhnya (negeri) itu masih
benar-benar terletak pada jalan yang masih tetap (tidak musnah dan masih
dilalui orang. surah Al-Hijr (ayat 76)
|
Mari kita
berfikir sejenak menggunakan logik akal pada salah satu TEORI BARAT...
“perlanggaran bumi dengan komet atau planet
lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan”
Seandainya TEORI BARAT ini benar...INI yang akan
berlaku pada bumi kita :
1.
Kalau berlaku
perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang
besar), maka bumi akan hancur!
2.
sekiranya komet
melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya
mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam
kepada 10 jam sahaja/hari dan akan menyebabkan...
3.
...bumi berputar pada kelajuan objek yang berada pada khatulistiwa ialah
kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi ...
Dan seandainya TEORI BARAT ini benar KENAPA ???
sampai sekarang pun PENGKAJI BARAT tidak dapat membuktikannya... sadangkan
kajian Al-quran telah pun membuktikannya...
Diharap para pembaca masih lagi teruskan membaca post saya ini. Ini kerana
saya ingin membongkar apa yg tersirat dan yang tersurat di didalam ke enam –
enam ayat Al-Quran yang saya copy n
paste dari tulisan hamba Allah ni...
1. “Lalu Kami jadikan
(negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng)”...
surah Al-Hijr (1/274)
Ayat ini
bermaksud :
kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub
selatan menjadi kutub utara. Bagaimana “Proses tertonggeng” berlaku... _____________________________________________
2. “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah”
surah Al-Qamar (1)
Ayat ini
bermaksud :
... ia
berlaku disebabkan apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik / Tenaga elektro-magnet ke
arah bumi, menyebabkan
daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing
secara perlahan-lahan.
____________________________________________________
3. “Demi umur engkau,
sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan surah Al-Hijr (72)
Ayat ini
bermaksud :
Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru.
_________________________________________________
4. ... dan Kami turunkan
ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras surah
Al-Hijr (1/274)
5. Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit surah
Al-Hijr (73)
Ayat 4 &
5 ini bermaksud :
Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga
akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai ke bumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.
__________________________________________________
6. Dan sesungguhnya (negeri) itu masih benar-benar terletak pada jalan
yang masih tetap (tidak musnah dan masih dilalui orang.)
surah Al-Hijr (ayat 76)
Ayat ini
bermaksud :
Apabila
terbitnya matahari disebelah barat, masih ada lagi manusia yang menghuni bumi
ini. Dan jalan – jalan yang terdapat dibumi ini masih lagi ada seperti sedia
kala....
_________________________________________________
Di akhir kata fikirkanlah mengapa arah kiblat makin
hari makin ke kekanan...
INGAt!!!!! apabila sampainya matahari itu terbit disebelah barat... maka tertutuplah pintu – pintu taubat... segala amal kebajikan atau pun kejahatan tidak lagi di ambil kira...
Saya hanyalah insan yg masih cetek ilmunya... bagaikan mencelup 1 jari kelautan dan diangkat kembali ke atas ...ada titisan air di situ... dan itulah ilmu saya.... begitu sedikit bukan...
INGAt!!!!! apabila sampainya matahari itu terbit disebelah barat... maka tertutuplah pintu – pintu taubat... segala amal kebajikan atau pun kejahatan tidak lagi di ambil kira...
Saya hanyalah insan yg masih cetek ilmunya... bagaikan mencelup 1 jari kelautan dan diangkat kembali ke atas ...ada titisan air di situ... dan itulah ilmu saya.... begitu sedikit bukan...
Wassalam....